COMPANY PROFILE

ASHCROFT boutique ( Butik Ashraf dalam bahasa Melayu)

Seni , Muzik dan Fesyen ialah merupakan acuan kepada penjenamaan

ASHCROFT boutique. Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Muzik (Music dalam bahasa Inggeris) pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang / disiplin. Fesyen (Fashion dalam bahasa Inggeris) ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa.

Berkonsepkan 3 bidang ini, ASHCROFT boutique cuba tampil dengan satu kelainan untuk memenuhi citarasa peminat yang cintakan keindahan dalam kehidupan mereka . Seni, muzik dan fesyen adalah berdiri dengan seiring dan tidak dapat dipisahkan. Tanpa seni, tiadanya muzik dan fesyen. Tanpa muzik, tiadanya seni dan fesyen. Tanpa fesyen, tiadanya seni dan muzik. Hasil acuan 3 bidang ini ialah perkara yang amat indah sekiranya dapat diselami dan dihayatinya secara mendalam.
ASHCROFT boutique ( KT0284177-W ) berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ditubuhkan pada 01.12.2010.Tarikh penubuhan syarikat ini diilhamkan bersempena dengan tarikh kelahiran pengasas syarikat ini sendiri (01.12.19XX).

Ingin tampil berbeza daripada jenama yang lain, ASHCROFT boutique tidak hanya memfokuskan kepada satu produk sahaja. Berkonsepkan kepada 3 acuan utama ( Art . Music . Fashion ) , butik kami menjual pelbagai jenis produk yang dikhususkan kepada pencinta ‘ keindahan ’. Antara produk yang dijual ialah hasil seni lukisan , pakaian baru , pakaian terpakai (BUNDLE), koleksi figura dan koleksi barang yang mempunyai nilai sentimental. Harga produk yang ditawarkan adalah berpatutan berdasarkan jenama, kondisi serta nilai sentimental yang ada pada produk tersebut. Bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami, pihak ASHCROFT boutique akan cuba menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Bermula daripada urusan jual beli , urusan pembungkusan , penghantaran sehinggalah produk kami selamat diterima oleh anda. Kepercayaan anda adalah keutamaan kami.

Wawasan kami ialah semoga jenama ASHCROFT boutique dapat diterima oleh seluruh masyarakat dan akan terus maju ke hadapan serta mampu bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi didalam dan luar negara Malaysia. ASHCROFT boutique mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang memberikan sokongan kepada kami selama ini. Tanpa sokongan anda, siapalah kami. Sekian.
ASHCROFT boutique.com


'Like US' on Facebook if u Like US